Sunday 25 March 2018

Resepi Laksa Utara So Delicious

Resepi Western
Resepi Laksa Utara So Delicious

kongsiresepiwestern.com – Assalamuallaikum and salam sehati ouls my freinds. Semoga oulls my friends be fine everyday. And this day better than yesterday. And semoga pulak all of you peroleh travelling kemana sahaja yang suka. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi laksa utara sedap and lazat. Resepi laksa utara ialah resepi yang berawal dari resepi laksa yang sedap. Kerana sedap diolah apapun tetap sedap. Resepi laksa ni ada pelbagai varian like resepi laksa sarawak, resepi mee laksa, laksa penang paling sedap di pulau pinang. Kesemua resepi tu ada kat blog ni. Sila guna pencarian untuk peroleh resepi yang kawan suka. Oke kalau nak try this resepi sila semak bahan bahan yang diperlukan yer. Lepas tu semak pulak cara cara membuat resepi laksa utara bawah ni. Jom semak resepinya.

Resepi Laksa Utara So Delicious

Resepi Laksa Utara

Bahan bahan

  • Ikan selayang (sardin) + Ikan kembung kecil 12 ekor
  • Laksa basah 2 bungkus
  • Cili kering blend 3 senduk – nak pedas tambah lagi
  • Bawang merah besar blend – 2 senduk
  • Asam keping
  • Daun kesum – 1 ikat
  • Bunga kantan – 2 batang
  • Garam
  • Gula

Bahan Hiasan

  • Timun
  • Bawang
  • Telur – rebus
  • Daun salom/salad
  • Lada kecil

Resepi lain : Resepi Pizza Mini So Sedap and Simple

Cara cara Membuat

  1. Ikan disiang bersih. masukkan ikan dalam periuk bersama air, asam keping dan garam. Rebus sampai ikan tu masak. Sekejap je dalam 10 minit.
  2. Ni rupa kejadian ikan yang direbus tadi. tapis mereka semua untuk tos air. Air rebusan tu jangan gatai p buang pulak. Kita nak guna sat lagi untuk buat kuah laksa. air tu yang penyedap kuah nanti.
  3. Sementara tunggu ikan tu sejuk kita blender la bawang merah besar. setengah orang blender sekali dengan cili kering tapi aku tak. blender asing2. tok guru aku ajar macam tu so jangan nak derhaka resepi. dah expert nanti baru boleh derhaka. 🙂
  4. Masak bawang merah blender tu dalam periuk tapi jangan tumis. Masak tanpa minyak sampai air bawang tu kering. Bawang ni kalau tak masak sampai air kering nanti kuah laksa tak sedap dan cepat rosak.
  5. Lepas masak bawang merah tadi sampai kering air, masukkan cili kering blender. pun sama masak cili tu sampai kering air bukan sampai hangit ok. jaga api dan sesekali kacau2 la.
  6. Part mengopek ikan ni paling bercinta sekali. buat ramai2 sekejap je la. nak makan sedap punya pasal buat je la. aku asingkan isi dgn tulang ikan. seekor demi seekor huhuhu. tulang ikan jangan gatai p buang. nanti ada gunanya.
  7. Isi ikan yang diasingkan tadi kita blend. Isi ikan sahaja dulu. Lepas tu blend tulang ikan. Kemudian tapis untuk ambil airnya sahaja.
  8. Agak2 cili dan bawang kita dah kering air masukkan la ikan yang kita blend tadi. kalau pekat sangat tambah air.
  9. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, asam keping, garam dan gula.
  10. Laksa basah tu aku celur je bila air dah mendidih. Kemudian tos air. Resepi laksa utara siap dihidang

Tips

  • Sesetengah laksa nampak berminyak sebab depa tumis cili n bawang pakai sedikit minyak. Dengan cara aku ni pun Insyaalah cili kering tu akan masak dan tak akan sakit perut. Berzaman dah aku pakai resepi ni. kalau korang tak nak guna bawang dalam kuah ponnnn boleh takde hal. masing2 punya cara kan.
  • Ada juga orang masukkan ikan sardin tin dalam kuah. ponnn boleh. tapi kalau pakai ikan fresh ni lagi sedap n manis kuah kita. manis ikan.
  • So itu sajalah cara aku buat laksa utara dari dulu sampai la ni. xpernah berubah. Harap korang boleh mencuba. kalau sedap alhamdulilah =)
  • Laksa ni sedap kalau kita buat kuah dia sehari awal. lagi rasa umphh. tapi aku lepas siap terus makan sampai puas. tak makan nasi pun takpa dah..heheehe

source : raudhah

Sedap terbaik yer resepi laksa utara ni. Pantas cuba at home and hidang untuk keluarga terkasih saat makan petang. Sudi lah kawan share this resepi kat social media untuk help each other. Oke sekian kongsi resepi laksa utara sedap and lazat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik :3

Resepi lain : Resepi Beef Steak Paling Sedap dan Mudah

Resepi Laksa Utara So Delicious
admin



More at Kongsi Resepi Western
Load disqus comments

0 comments