Monday 2 April 2018

Resepi Laksa Nyonya Chef Wan Sedap and Simple

Resepi Western
Resepi Laksa Nyonya Chef Wan Sedap and Simple

kongsiresepiwestern.com – Assalamuallaikum and salam bahagia uols my friends. I hope you have a great day. And tomorrow more better than this day. Kawan cantik kat sini ada tak yang pernah try makan masakan laksa yang sedap sangat sampai nak try buat at home. Kalau saya nak try sangat resepi laksa nyonya chef wan yang sedap and simple. Resepi laksa nyonya chef wan ni saya peroleh dari blog mamawandiha. Izin berkongsi kat sini akak mamawandiha. Resepi laksa sedap yang lain ialah resepi laksa penang kelantan, laksa penang paling sedap di pulau pinang. Selain resepi ni saya nak kongsi pulak cara membuat laksa and kuah laksa lemak. Oke kalau nak try resepi ni sila semak bahan bahan yang diperlukan yer. Lepas tu semak pulak cara cara membuat resepi laksa nyonya chef wan sedap and simple ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Laksa Nyonya Chef Wan Sedap and Simple

Resepi Laksa Nyonya Chef Wan

Bahan Kuah Laksa

  • 50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
  • 1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
  • 1 liter santan
  • 1 liter air rebusan kulit udang
  • 2 kiub ikan bilis “Maggi”
  • 1 camca besar sos ikan
  • 250 g bawang merah*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 20 g belacan, dibakar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 8 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
  • saya tambah sikit air lagi untuk kuah

Bahan Laksa

  • 1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
  • 500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa) (saya lebihkan)
  • 200 g taugeh, cuci dan buang ekor
  • 1 biji timun, hiris halus
  • 2 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis (saya lebihkan)
  • 2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu “pok”) (saya lebihkan)
  • Belahan limau kasturi@limau nipis
  • Hirisan halus pucuk daun kesom
  • Hirisan bunga kantan
  • Sambal tumis

Resepi lain : Resepi Spaghetti Prego Mushroom Sedap Sangat

Bahan Sambal Tumis

  • 1 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
  • 2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Cara Membuat

Kuah Laksa

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain.
  2. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 – 15 minit.
  3. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis.
  4. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (saya tak alih rempah dalam bekas lain sebab saya masak terus dlm periuk (tak guna kuali).. lepas rempah dah harum tu.. tuang terus stok udang, santan dll ke dalam periuk & tambah bahan2 lain seperti biasa..)

Sambal Tumis

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
  2. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak.
  3. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.

Cara Penyediaan

  1. Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya.
  2. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi.
  3. Resepi laksa nyonya chef wan sedia dihidangkan

Tips

  • Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain.
  • Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2…
  • Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera.

source : mamawandiha

Sedap nyeerrr resepi laksa nyonya chef wan ni. Pantas hidang at home saat makan petang bersama family. Kalau kawan cantik sudi kongsikan resepi ni kat social media yer kerana sharing is caring. Oke sekian kongsi resepi laksa nyonya chef wan sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik :3

Resepi lain : Resepi Sandwich Chicken Slice Simple and So Sedap

Resepi Laksa Nyonya Chef Wan Sedap and Simple
admin



More at Kongsi Resepi Western
Load disqus comments

0 comments