Tuesday 3 April 2018

Resepi Sandwich Ayam Simple Sangat

Resepi Western
Resepi Sandwich Ayam Simple Sangat

kongsiresepiwestern.com – Assalamuallaikum and salam happy people in Malay. Semoga your day will be better than yesterday. And i hope everything your dreams come true soon. Maybe like my dreams peroleh kereta baru and kitchen set baru supaya semakin semangat berkongsi and try resepi new untuk hidang family terkasih. Oke kali ni saya nak izin berkongsi resepi sandwich ayam simple tapi sedap sangat. Resepi sandwich ayam ialah varian from resepi sandwich yang mengandungi banyak faedah kerana terdiri dari pelbagai sayuran sihat and daging as protein for morning activity. Resepi sandwich tu ada pelbagai macam seperti resepi sandwich telur dan sosej, resepi sandwich telur cheese, resepi sandwich sardin and roti sandwich telur goreng. Kesemua tu mengandungi faedah masing masing kerana inti sandwich yang berbeza. Oke kalau nak try this resepi sila semak bahan and cara cara membuat resepi sandwich ayam nya bawah ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Sandwich Ayam Simple Sangat

Resepi Sandwich Ayam

Bahan-bahan Ayam

  • 1/2 ekor ayam / bahagian dada ayam. Cuci bersih & lap dengan tisu.
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih dikisar
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil chili flakes
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon / daun oregano kering

Cara cara Membuat Ayam

  1. Selepas basuh bersih, lap ayam ini dengan kitchen tissue. Ini bagi memastikan apabila minyak zaitun disalut pada ayam, ianya dapat disalut dan dimasak dengan suhu dan cara yang betul dan rempah dapat disalut dengan sekata.
  2. Panaskan oven pada suhu 180°c
  3. Letakkan ayam ke dalam tray dan salut ayam dengan minyak zaitun.
  4. Campurkan semua bahan rempah & parutan ke dalam satu mangkuk kecil. Gaul hingga mesra. Kemudian salutkan semua bahan tersebut pada ayam dan masukkan dalam oven.
  5. Masak dalam 45 minit – 50 minit
  6. Potong menggunakan pisau yang tajam. Buang tulang lembut ayam jika ingin buat sandwich

Resepi lain : Resepi Beef Steak Paling Sedap dan Mudah

Bahan bahan Sandwich Ayam

  • 1 buku roti gardenia (apa-apa brand pun ok)
  • Mayonis
  • Sos Cili
  • Sayur salad hijau / ungu (ikut suka)
  • 1-2 biji tomato, dihiris
  • 1 tongkol jagung dihiris dan dicampurkan dengan 2 sudu kecil mayonis & secubit garam
  • 1 biji lobak merah disagat dan dicampurkan dengan 2 sudu kecil mayonis & secubit garam
  • Hirisan daging ayam panggang
  • 2 biji telur rebus dihiris
  • 6-7 keping keju / separuh mangkuk parutan keju mozarella

Cara cara Membuat

  1. Sapukan sebelah roti dengan mayonis & sebelah lagi dengan sos cili.
  2. Di bahagian roti bersos cili, susun sayur, ayam dan telur ikut kesukaan anda. Taburkan keju di atas sekali dan kemudian tangkupkan dengan salad dan kemudiannya roti. Resepi sandwich ayam siap hidang for breakfast.

source : alfimohd

Sedap yer resepi sandwich ayam ni. Resepi sandwich ni elok di hidang saat breakfast kerana mengandungi banyak faedah untuk beractivity. Oke sekian kongsi resepi sandwich ayam sedap and simple ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube cantik :3

Resepi lain : Resepi Burger Benjo So Simple and Sedap

Resepi Sandwich Ayam Simple Sangat
admin



More at Kongsi Resepi Western
Load disqus comments

0 comments