Resepi Western
Resepi Lasagna Cheese So Lazat
kongsiresepiwestern.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan terbaik nan cantik. Semoga kawan sihat always yer. Kawan kat sini ada tak yang gemar cheese. Memang la masakan yang berasaskan cheese pasti sedap and lazat. Seperti yang nak saya kongsikan ni. Saya nak izin berkongsi resepi lasagna cheese so sedap and lazat. Resepi lasagna cheese ialah varian resepi lasagna yang berintikan cheese. kepingan lasagna tu and inti cheese. Terbayang sedap nya. Resepi lasagna sedap lain ialah resepi lasagna azie kitchen, resepi makaroni cheese, lasagna recipe and etc. Oke kalau nak try this resepi sila kawan sedia bahan bahan seperti bawah ni. Lepas tu semak cara cara membuat resepi lasagna cheese so sedap ni yer. Jom semak resepi nya.
Resepi Lasagna Cheese
Bahan-bahan
- Instant lasagna jenama San Remo – di celur/direbus seketika
- 1 bungkus Shredded Mozzarela Cheese
- Sedikit butter untuk gris mangkuk pembakar
Bahan Sos Bolognese
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 tin cendawan butang (potong ikut suka
- 1 bungkus daging cincang 400 gram
- Tomato puri
- Garam secukup rasa
Resepi lain : Resepi Korean Fried Chicken So Delicious
Bahan Sos Putih
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2½ cawan susu (guna susu Dutch Lady Full Cream)
- 2 keping keju cheddar (guna keju jenama Chesdale)
- Sedikit garam
Cara-cara Membuat
- Celurkan kepingan lasagna dengan air panas mendidih. Make sure kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.
- Cara masak sos bolognese sama macam masak kuah spagethi. Senang kan. Kalau korang dah terrer lagi best.
- Sesiapa yang tak pandai lagi, meh baca resipi spagethi bolognese aku ni ek
- Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.
- Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. Aku gunakan sudip rata untuk untuk angkat kalau pakai tangan, harapannya boleh terkoyak kulit lasagna tuh.
- Sediakan bekas untuk membakar lasagna. Ikut kesesuaian oven korang. Kalau ada saiz yang just nice, gunakan jelah. Tapi make sure korang ingat, yang korang kena susun kepingan lasagna tuh bertingkat-tingkat ye.
Cara susunan Lasagna
- Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging.
- Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.
- Ulang sekali lagi langkah 6 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga.
- Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC selama 35 hingga 40 minit.
- Ok resepi lasagna cheese siap dah.
source : dsunzsulaiman
Hurm menyelerakan sangat yer resepi lasagna cheese ni. Untuk kita orang yang gemar cheese must try at home and hidang untuk sendiri and family. Oke sekian kongsi resepi lasagna cheese sedap and simple ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik and terbaik :3
Resepi lain : Resepi Burger Malaysia Sedap Terbaik
Resepi Lasagna Cheese So Lazat
admin
More at Kongsi Resepi Western
0 comments