Saturday 19 May 2018

Resepi Pizza Homemade Mudah Sangat and Sedap

Resepi Western
Resepi Pizza Homemade Mudah Sangat and Sedap

kongsiresepiwestern.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera uols my friends. I hope you in helathy always and peroleh kemudahan in every activity. Rakan pernah tak berpusing cari kedai makan saat pulang keje tengah malam. Kerana tak temui kedai buka so saya buat pizza homemade. Yap kali ni saya nak izin berkongsi resepi pizza homemade mudah sangat and sedap pulak. Resepi pizza homemade mudah ni saya peroleh from internet yang sudah saya nyatakan sumbernya kat bawah. Actually kat kedai ada pelbagai resepi pizza yang lazat seperti resepi pizza mini, resepi roti piza sosej and etc. But kali ni saya nak buat roti pizza mini lembut dengan cara buat pizza hut di rumah.

Untuk rakan yang nak try resepi ni sila semak bahan bahan kat bawah yer. Tak perlu rakan sedia sume kerana saya pon seperti tu. But soal rasa and aroma pasti sedap and lazat. Jom semak cara cara membuat resepi pizza homemade mudah bawah ni.

Resepi Pizza Homemade Mudah Sangat and Sedap

Resepi Pizza Homemade Mudah

Bahan bahan

  • Roti 10 keping
  • Serbuk kari sedikit
  • Sosej 3 batang (Nak banyak sosej, boleh lebihkan)
  • Ayam dipotong dadu
  • Daging hancur
  • Cili benggala setengah biji (Agak-agak rasa nak lebih sayur, boleh lebihkan. Ikut saiz cili juga ni)
  • Lobak 1/2 batang dipotong dadu
  • Bawang merah dan bawang putih untuk tumis
  • Garam serbuk perasa secukup rasa
  • Telur 5 biji (Kalau telur saiz kecil, tambah lagi 1 biji)
  • Sos cili untuk topping
  • Mayonis untuk topping
  • Cheese brand Chedder untuk topping (Kalau tak nak guna pun boleh)
  • Marjerin sedikit untuk sapu pada loyang
  • **Sayur tu boleh juga guna sayur campur (jagung, kacang pis dan lobak) dah siap tu. Tapi sebab saya tak beli sayur campur tu, sy potong dadu je lobak yang ada.

Resepi lain : Resepi Pizza Hawaiian Chicken So Sedap

Cara cara Membuat

  1. Gunting roti menjadi potongan yang lebih kecil. Jangan gunting terlalu besar sangat. Potong dadu sosej, ayam, daging (kalau tak beli dalam pack siap), lada benggala, lobak, bawang putih dan bawang merah ditumbuk atau dimesin lumat.
  2. Tumis semua bahan step 1. Masukkan bawang merah dan putih dahulu. Kemudian, masukkan serbuk kari sedikit (Jangan terlalu banyak, takut pedas). Tapi, kalau suka pedas, boleh lebihkan serbuk kari. Kemudian, masukkan ayam, daging dan sosej serta lobak. Akhir sekali, masukkan lada benggala dan garam serta serbuk perasa. Tumis sehingga siap.
  3. Pukul rata 5 biji telur. Kemudian, masukkan dan gaul rata bahan step 2 yang dah siap ditumis tadi.
  4. Campurkan dan gaul rata bahan step 2 dan 3 ke dalam potongan roti yang telah siap digunting tadi.
  5. Sapukan loyang dengan marjerin terlebih dahulu. Masukkan bahan step 4 yang sudah digaul rata ke dalam loyang. Ratakan dan tekan sedikit roti tadi. Kemudian, bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 150-170c.
  6. Jangan lupa sebelum bakar dalam oven, panaskan terlebih dahulu oven anda.
    Setelah siap dibakar, jom kita buat topping dia pula. Sapu rata sos cili di atas pizza yang telah siap dibakar tadi.
  7. Kalau tak suka pedas, tak perlu sapu sos cili. Atau mungkin, sapuan itu anda boleh buat separuh sos cili, separuh lagi tidak bagi mereka yang mempunyai anak kecil.
  8. Selepas sapu sos cili, anda boleh tabur parutan cheese chedder. Tapi saya tak letak parutan cheese chedder sebab cheese pun boleh tahan harga dia kan. Kalau letak lagi sedap la. Kemudian, boleh letakkan mayonis dan hiaskan dengan hirisan 1 batang sosej yang dipotong serong kalau mahu. Kemudian, bakar semula di dalam oven selama 5-10 minit.
  9. Taraaa.. resepi pizza homemade mudah siap sedia untuk dimakan!

source : nurkids

Hurm sedap nyeeeer resepi pizza homemade mudah ni. Untuk rakan cantik yang nak try sila sedia loyang saiz 10×10 yer. Kenape saya try resepi ni at home kerana saya nak buktikan to my hubby kalau saya ahli masak memasak. And semoga my hubby give reward to me like a traveling di penghujung minggu or berkunjung ke saudara dengan kereta baru. Oke sekian kongsi resepi pizza homemade mudah and sedap ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube rakan cantik :3

Resepi lain : Resepi Roti Pizza Mini Mudah and Menyelerakan

Resepi Pizza Homemade Mudah Sangat and Sedap
admin



More at Kongsi Resepi Western
Load disqus comments

0 comments